HOMESTAY ALOR SETAR KEDAH: HOMESTAY DI ALOR SETAR!!

HOMESTAY ALOR SETAR KEDAH: HOMESTAY DI ALOR SETAR!!: "Selesa dan Berbaloi* Selesa dan Berbaloi* Selesa dan Berbaloi* Selesa dan Berbaloi* Selesa dan Berbaloi ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHT..."

MOHAMAD RASYID BIN ISHAK

Mohamad Rasyid bin Ishak lebih dikenali dengan gelaran acidmatras. Dilahirkan di Hospital Taiping, Perak pada 23 Mac 1989. Anak ke-4 daripada 9 beradik. Telah mendapat pendidikan awal di Tadika Pasti Kampung Pasir(1994-1995). Kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Alor setar(1996-2001). Bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah(2002-2007) dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah dalam jurusan Sarjana Muda Syariah. Bertemu jodoh dengan Nadia binti Abdul Rahman, mahasiswi Kuliah Tahfiz Wal-Qiraat yang ketika itu masing-masing baru berada dalam semester ke-2. Diijabkabulkan pada 23 September 2009 dan telah dikurniakan seorang puteri, Eish Asfa.



  

NADIA BINTI ABDUL RAHMAN


Nadia binti Abdul Rahman lebih dikenali dengan gelaran along. Dilahirkan di Madinah Nasr Cairo Egypt pada 13 November 1988. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Dibesarkan di bumi anbiya’ sehingga usia menjangkau 7 tahun. Setelah pulang ke tanah air beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung (1995-2000). Bekas pelajar Sekolah Menengak Kebangsaan Agama Arau (2001-2007) dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah dalam jurusan Diploma Tahfiz Wal Qiraat tahun akhir. Bertemu jodoh dengan Mohamad Rasyid bin Ishak, mahasiswa Kuliah Syariah yang ketika itu masing-masing baru berada dalam semester ke-2. Diijabkabulkan pada 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H dan telah dikurniakan seorang puteri pada 9 November 2010 yang bernama Eish Asfa.  

EISH ASFA BINTI MOHAMAD RASYID


Eish Asfa Binti Mohamad Rasyid atau lebih mesra dengan panggilan Eish telah dilahirkan di INS SPECIALIST & MATERNITY CENTRE  Alor Setar Kedah pada 9 November 2010, hari Selasa jam 12:46 tengah hari. Merupakan cahaya mata pertama bagi pasangan bahagia Mohamad Rasyid bin Ishak dan Nadia binti Abdul Rahman. No. MyKid eish ialah 101109-02-1052 dan beralamat di No.37 Kampung Padang Perak, Jalan Putra, Mukim Mergong, 06250 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Anak yang sangat comel.

MYKID EISH

SIJIL KELAHIRAN EISH


HARI KELAHIRAN PENUH BERSEJARAH


MAJLIS RAJA SEHARI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, pada 23 September 2009 merupakan hari bersejarah, terpetrinya ikatan kasih antara MOHAMAD RASYID BIN ISHAK & NADIA BINTI ABDUL RAHMAN. Berakhirnya zaman bujang dan akan menempuh hidup bersama melayar bahtera, berkongsi suka, duka, pahit dan manis bersama. Majlis akad nikah telah berlangsung di Masjid Rahman Shahab Perdana pada pukul 9 pagi. Berwalikan oleh ABDUL RAHMAN BIN HAJI JAAFAR, baba kepada NADIA. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.